Friday, April 24, 2009

Peristiwa untuk ingatan seorang ibu

Bulan April 09:
Salam untuk anak-anak ibu.

17.4.2009: Anak yang kedua : balik dari STAR, Ipoh dengan plaster di kepala ekoran dari permainan ragbi di sekolah. Keputusan ujian tingkatan satu mengecewakan kerana hanya mendapat 1 A sahaja. Bila ditanya..rupa-rupanya terlalu banyak games yang disertai: bola, ragbi, memanah, water polo,kawad. So you need to choose one or two and try manage your time for getting better for next result. Your father has warned you that you got only two choice from right now...either balik kampung or cluster school.

17.4.09 : Hari jadi anak ke lima : belum sempat untuk meraikannya. Insyaallah ibu akan meraikannya walaupun bukan bulan ini.

21.4.09 : Anak yang keempat patah tangan semasa di sekolah. Akibat dari lompatan yang melampau ditangga sekolah. Insyaallah ibu dan abah tak marah tapiiii......lepas ni your hiperactive we'll controll it. So right now you need to rest for a few days and cannot go out or play with your friends .

27.4.09 ; Appoitment di G.Hospital(GH) untuk dibuka simen bagi tangan yang patah tu. Minta-minta semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Aminn....

28.4.09 : anak yang ketiga akan mewakili sekolah dalam bola baling. Rasanya sebagai pemain simpanan kerana keutamaan murid tahun 6. So ibu will remind her to set the things that she will need on that day.

catatan: kali ini ibu rajin untuk menulis tapi lepas ini tak tau lagi....coz sometimes so busy.
bye!bye!
Mesyuarat Agong PIBG Sek.Batu Ferringhi
Tarikh : 24.4.2009
Masa: 2.30 pm
Tempat: Dewan SKBF
Catatan :
Saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya kerana terpaksa mnghadiri
mesyuarat Peka sains antara Ketua-Ketua Pentaksir kawasan bagi PEKA Science di SK. Minden Height.
Selesai sahaja mesyuarat tersebut, saya bergegas ke SKBF supaya tidak terlepas peluang untuk mengetahui perkembangan Mesy. agong SKBF.
Difahamkan Pengerusi: En. Yahya Ibrahim dan Naib Pengerusi: En Ismadi Abu Bakar kekal bagi penggal 2009/2010. Ahli jawatankuasa yang lain ada yang kekal dan ada juga yang baru. Apa-pun tahniah diucapkan mereka yang telah diberi kepercayaan oleh para ibu bapa dan selamat menjalankan tugas anda demi kebaikan anak-anak di sekolah SKBF.
PEKA science UPSR 2009

Tarikh: 22-23 april 2009
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Sekolah-sekolah Rendah di seluruh N.Pulau Pinang
Catatan:
Pemantauan PEKA Science dari tahun 3- tahun 6 di sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang dan swasta .
Pentaksir kawasan (Pkw) memberi bantuan dan juga mengenalpasti masalah yang timbul serta memberi cadangan penambahbaikan kepada sekolah .
Diharap guru-guru pentaksir sekolah (Pks) peka science dapat melaksanakan peka mengikut arahan yang ditetapkan serta menepati buku panduan yang dibekalkan oleh LPN.
Terima kasih. harap maklum.