Wednesday, December 30, 2009

RIANG RIA CUTI SEKOLAH




ANAK-ANAK PERGI KE BUKIT BENDERA, PULAU PINANG PADA 30 DIS 2009 JAM 3.OO PM BERSAMA MAK LANG AND PAK LANG MEREKA.




SERONOK SANGAT SEBAB TAK BIASA TENGOK MERIAM.NAIK DUDUK KEPALA MERIAM LASI BEST...JAGA-JAGA.....NANTI MELETUP!!!

Tuesday, November 17, 2009

Program Masa Cuti Sekolah(Nov/Dis 2009)

PROGRAM MASA CUTI 2009

BERITA BAIK UNTUK ANDA !!!
BAGI MENGISI MASA SEMASA CIKGU BERADA DI KAMPUNG (URUSAN FAMILY), CIKGU AKAN MENGADAKAN KELAS MASA CUTI SELAMA 2 MINGGU SELEPAS HARI RAYA HAJI 2009. KELAS TERSEBUT SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 1 DIS - 14 DIS 2009 (PILIHAN PELAJAR) /MASA : AKAN DITETAPKAN.

MATA PELAJARAN: SCIENCE DAN MATHEMATICS

KUMPULAN PELAJAR: TAHUN 1-TAHUN 6 (UPSR 2010)

TEMPAT: TAMAN SIMPANG BAKTI, SIMPANG TAIPING.

JIKA BERMINAT SILA CALL CIKGU.(0174169653)

keputusan upsr 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009
Keputusan UPSR 2009 akan diketahui pada 19 Nov 2009 (Khamis)
harapan cikgu agar murid-murid SKBF dapat keputusan yang membanggakan ibu bapa dan guru-guru yang membimbnig mereka.

Keputusan boleh diambil selepas 10 pagi.

Wednesday, October 14, 2009

Perayaan Deepavali

Selamat Menyambut Hari Deepavali

kepada kawan2 kaum India, guru2 dan juga murid-murid yang beragama Hindu.


Tips : - Jangan leka bermain mercun (kanak-kanak)

- Berhati- hati semasa memandu di jalan raya.

- Ready for final exam MGB (Penang) 27-29 OCt 09 Year 4-5

Monday, August 31, 2009

Sambungan Pemansuhan PPSMI: Jadual Pemansuhan

Sambungan jadual:

Pemansuhan PPSMI-Info

Info PPSMI
Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
KENYATAAN AKHBAR

Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

Friday, July 24, 2009

THINK........
TEACHER
GOOD TEACHER
THE BEST TEACHER
IS....... A PERSON .....????? THINK IT.




Friday, July 3, 2009

Kursus Dalam Perkhidmatan(LDP)

4.7.09 (Sabtu)
8.30 pagi.

Laporan

Dua slot :
Slot Pertama: Bengkel : - Kehidupan seorang guru-Pendidikan bukan sekadar mengajar m/pel sahaja tetapi perlu mendidik , menghargai pelajar . Pelajar akan mengingati apa telah guru berikan di dalam sanubari mereka :- Cikgu Zabidi (PK I)

Slot Kedua : In house oleh Pn. Syarifah and Cikgu Azam (PKJR)

Slot Ketiga : Hanya yang terlibat Guru-guru dari Panatia B.Inggeris dan murid tahun 6 untuk
program " Kampung Visit': Permainan Tradisional, Makanan Tradisional dan lawatan
ke dalam Kpg Mutiara untuk 12 pelajar Luar negeri.

Thursday, June 4, 2009

SELAMAT BERCUTI 1 -14 JUN 2009

    • Selamat
      bercuti kepada guru-guru SKBF.
    • Selamat
      Pengantin Baru untuk Cikgu Zuraidi pada 7.6.09.
    • Selamat
      menyiapkan dan memeriksa jawapan PKSR 1/09.
    • Selamat
      Mengajar Kelas Tambahan untuk guru-guru tahun 6 SKBF hanya di minggu pertama
      cuti penggal
      .

Thursday, May 14, 2009

TAKLIMAT PEKA SCIENCE BERSAMA KETUA PENTAKSIR SEKOLAH

Tarikh : 12.5.2009
Masa : 8.00 am - 4.00 pm
Tempat: Dk 2, Usm , P.Pinang.

Catatan:

Lebih kurang 200 guru (Ketua Pentaksir Sekolah) dari sek.ren seluruh daerah P.Pinang, sek. swasta, dan pensyarah IP Persekutuan , pegawai dari unit sektor Penilaian dan peperiksaan, JPN P.Pinang menghadiri taklimat tersebut yang berkaitan dengan PBS khasnya PEKA Science.

Guru-guru sn bagi tahun 3-6 perlu laksanakan PEKA terutamanya tahun 6 kerana score murid akan dimasukkan ke dalam slip peperiksaan UPSR .

Guru guru berkaitan perlu telus dan melaksanakan PEKA dengan mengikut panduan yang yang dibekalkan oleh LPM.

Selamat menjalankan PEKA........

Sunday, May 3, 2009

Lawatan Sambil Belajar

Tarikh : 2-5 mei 2009
Hari : Sabtu - Isnin
Tempat : K.Lumpur
Tajaan: Sime Darby (GLC)
Guru Pengiring: Cikgu Zabidi,Ustaz Rodzi, C.Suhaini n Ustazah Syarifah Norasyikin.
Murid: Tahun 6 dan beberapa orang tahun 5 yang terpilih.

Catatan :
Harap-harap u all have a nice day. On monday i should ready to prepare the relief schedule for these teacher coz they will coming back on monday.....may be evening .


Pertandingan Kebersihan Kelas

Mulai Isnin ini (4 mei 2009) .... hadiah akan diberikan. Pertandingan ini diadakan sebulan sekali. harapan saya semua guru terutama guru kelas dan murid-murid berusaha meningkatkan kebersihan kelas.

Ok. Good luck. All the best.

C...U...Soon

Friday, April 24, 2009

Peristiwa untuk ingatan seorang ibu

Bulan April 09:
Salam untuk anak-anak ibu.

17.4.2009: Anak yang kedua : balik dari STAR, Ipoh dengan plaster di kepala ekoran dari permainan ragbi di sekolah. Keputusan ujian tingkatan satu mengecewakan kerana hanya mendapat 1 A sahaja. Bila ditanya..rupa-rupanya terlalu banyak games yang disertai: bola, ragbi, memanah, water polo,kawad. So you need to choose one or two and try manage your time for getting better for next result. Your father has warned you that you got only two choice from right now...either balik kampung or cluster school.

17.4.09 : Hari jadi anak ke lima : belum sempat untuk meraikannya. Insyaallah ibu akan meraikannya walaupun bukan bulan ini.

21.4.09 : Anak yang keempat patah tangan semasa di sekolah. Akibat dari lompatan yang melampau ditangga sekolah. Insyaallah ibu dan abah tak marah tapiiii......lepas ni your hiperactive we'll controll it. So right now you need to rest for a few days and cannot go out or play with your friends .

27.4.09 ; Appoitment di G.Hospital(GH) untuk dibuka simen bagi tangan yang patah tu. Minta-minta semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Aminn....

28.4.09 : anak yang ketiga akan mewakili sekolah dalam bola baling. Rasanya sebagai pemain simpanan kerana keutamaan murid tahun 6. So ibu will remind her to set the things that she will need on that day.

catatan: kali ini ibu rajin untuk menulis tapi lepas ini tak tau lagi....coz sometimes so busy.
bye!bye!
Mesyuarat Agong PIBG Sek.Batu Ferringhi
Tarikh : 24.4.2009
Masa: 2.30 pm
Tempat: Dewan SKBF
Catatan :
Saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya kerana terpaksa mnghadiri
mesyuarat Peka sains antara Ketua-Ketua Pentaksir kawasan bagi PEKA Science di SK. Minden Height.
Selesai sahaja mesyuarat tersebut, saya bergegas ke SKBF supaya tidak terlepas peluang untuk mengetahui perkembangan Mesy. agong SKBF.
Difahamkan Pengerusi: En. Yahya Ibrahim dan Naib Pengerusi: En Ismadi Abu Bakar kekal bagi penggal 2009/2010. Ahli jawatankuasa yang lain ada yang kekal dan ada juga yang baru. Apa-pun tahniah diucapkan mereka yang telah diberi kepercayaan oleh para ibu bapa dan selamat menjalankan tugas anda demi kebaikan anak-anak di sekolah SKBF.
PEKA science UPSR 2009

Tarikh: 22-23 april 2009
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Sekolah-sekolah Rendah di seluruh N.Pulau Pinang
Catatan:
Pemantauan PEKA Science dari tahun 3- tahun 6 di sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang dan swasta .
Pentaksir kawasan (Pkw) memberi bantuan dan juga mengenalpasti masalah yang timbul serta memberi cadangan penambahbaikan kepada sekolah .
Diharap guru-guru pentaksir sekolah (Pks) peka science dapat melaksanakan peka mengikut arahan yang ditetapkan serta menepati buku panduan yang dibekalkan oleh LPN.
Terima kasih. harap maklum.

Friday, March 6, 2009

Bengkel Pembinaan Modul Program Lonjakan cemerlang Sains UPSR 2009 Pulau Pinang

Bengkel Pembinaan Modul Program Lonjakan Cemerlang Sains UPSR 2009
Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 4-7 mac 2009
Tempat : Dewan Helang
Cinta Sayang Golf & Country Resort ,
Sg.Petani, Kedah

Laporan:

Diadakan dengan kerjasama JPN, PERDA dan Pusat Urus Zakat negeri Pulau Pinang.
Pegawai dari JPN : En. Ahmad Sabirin (Ketua Unit Kurikulum, JPN)
En. Azmar B Yahaya (unit Sains & Matematik,JPN)
En. Ahmad Fazli B (Unit Kurikulum, Bhg. Projek Khas JPN)

Pegawai dari PERDA: Pn.Khairunnajjah Bt Hussain

Pegawai dari PUZ
Jurulatih Utama: 35 orang

Bengkel ini bertujuan untuk membantu guru dan juga murid dalam pengajaran dan pembelajaran PPSMI khasnya guru-guru sains. Setiap jurulatih utama dibahagikan kepada 4 penel iaitu:
JU team 1 : SPS
JU team 2 (A): Section B Year 6
JU team 2(B) : Section B Year 5/4
JU Team 3 : Peka UPSR Year 6/6

Setiap pasukan dilantik seorang ketua.Pengagihan tugas dilakukan agar program pembinaan modul lonjakan cemerlang berjalan seperti yang dirancang.

Program berakhir dengan setiap pasukan menghantar modul-modul yang telah dicetak untuk di gabungkan dan perlaksanaannya akan bermula setelah cetakan diperbanyakan.Terima kasih untuk semua pihak yang membantu.

Selamat Maju Jaya !! CCCCCC .....UUUU.......Soon.

Friday, February 13, 2009

LAGU NEGERIKU

LAGU PERAK DARUL RIDZUAN

Lirik

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan

Friday, February 6, 2009


PANDUAN UNTUK IBU BAPA YANG INGINKAN ANAK-ANAK MEREKA MELANJUTKAN PELAJARAN KE SEKOLAH SENI SELEPAS UPSR YANG BEGITU LUAS BIDANGNYA. SILA RUJUK PADA PIHAK SEKOLAH BERKENAAN(B.HARIAN-JUMAAT:6.2.09)

Friday, January 30, 2009

E-SCIENCE CLASS

Sesiapa yang berminat @ ibu bapa yang berminat untuk meningkatkan prestasi anak-anak dalam subjek Sains Tahun 4 , 5 dan 6, sila kemukakan soalan di email norulyunus@yahoo.com dan saya akan cuba membantu memberi penyelesaian bagi soalan tersebut atau hubungi saya di talian 017-4169653

Saturday, January 24, 2009

memori

Anak sulung: Nurul Ashikin


D.O.B : 7.9.1994


Pencapaian:


1. Tokoh Pelajar Taski An-Nur Telok Bahang, Pulau Pinang(6 tahun)


2. UPSR 5A di SK Batu Ferringhi(12 tahun)


3. Tokoh Pelajar( Akademik) SK Batu Ferringhi


4. Sekarang di Kolej Tunku Kursiah(TKC) Negeri Sembilan(2007 - sekarang)

5. PMR 8A di TKC (2009)






Anak kedua: Mohd Khairul Asyraf

D.O.B : 05 11 1996

Pencapaian:

1. Bekas Pelajar Taski An-Nur Telok Bahang, Pulau Pinang(2000) & Tadika Perpaduan Farlim, Pulau Pinang(2001)

2. Johan Tenis Beregu Peringkat Negeri Pulau Pinang (MSSPP) (2008)

3. Johan Taekwando Peringkat Daerah & Negeri Pulau Pinang ( 2008)

4. UPSR 5A di SK Batu Feringghi

5. Sekarang di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) (2009)

Friday, January 23, 2009

Biodata

Dilahirkan pada 26 03 1971 di Batu Kurau Perak. mendapat pendidikan tahun satu hingga tahun enam di SK Toh Sajak, Perak. Tingkatan satu hingga tingkatan tiga SMK Dato Kamaruddin Batu Kurau Perak. Tingkatan empat di SM Teknik Tunku Abdul Rahman Pulau Pinang. Tingkatan lima di SMK Dato Kamaruddin. Tingkatan enam di SMK Doktor Burhanuddin Taiping Perak. Melanjutkan pelajaran peringkat diploma di UPM( universiti Putra Malaysia) dalam bidang sains komputer selama setahun. Kemudian meneruskan pengajian Maktab Penguruan Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan pada 1990 - 1992. Seterunya mula mengajar pada 01 / 12 / 1992 di SK Sungai Bharu Kuala Kurau Perak. bertukar ke pulau pinang pada 01 / 01 / 1994 dan mengajar di Sk Batu Feringghi sehingga kini(2009)