Friday, January 27, 2012

TAKLIMAT JAYA WARIS 1/2012

TARIKH: 20 JAN 2012
MASA : 8.00 - 10.30
TEMPAT : DEWAN SK.BT. FERRINGHI

TEMPAT LAHIR : BATU KURAU, TAIPING, PERAK

BUKU ‘BATU KURAU – Tanah Yang Damai: Kepada anak-anak Batu Kurau, buku ini dalam proses pembikinan di mana pada minggu hadapan pihak krew kami akan berada di Batu Kurau untuk merakam segala yang indah, menarik, menawan, yang cantik tentang ...daerah kesayangan kita ini. Kami harap setiap anak-anak Batu Kurau akan menyimpan setiap isi rumah sebuah buku yang julung-julung kalinya diterbitkan ini. Harga Cuma RM30. Selain itu, pihak penjualan online, Amazon.com telah bersetuju untuk menjual buku ini. Buku ini juga akan berada di kedai buku Popular, Kinokuniya, MPH dan beberapa kedai buku antarabangsa.SILA LIHAT DI FB

Tuesday, January 24, 2012

kanak-kanak pintar cergas

Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas
PENGENALAN
Siapakah kanak-kanak pintar cerdas? Pelbagai takrifan telah diberikan dalam menjelaskan siapa yang dikatakan kanak-kanak pintar cerdas. Secara umumnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi daripada kalangan rakan sebaya dikatakan sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdas. Bagaimanapun, mempunyai keupayaan intelek yang luar biasa sama ada memiliki keupayaan intelek yang tinggi dalam satu atau lebih subjek akademik bukanlah satu-satunya ciri bagi seorang kanak-kanak pintar cerdas ini. Ada dalam kalangan kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang mengkagumkan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai potensi dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik juga dilihat sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Walau bagaimanapun, ciri yang dipamerkan oleh seseorang kanak-kanak telah dijadikan sebagai asas oleh sesetengah pakar profesional dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar. Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang paling mudah ialah dengan hanya melakukan pemerhatian sahaja terhadap tingkah laku kanak-kanak itu. Proses ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh seorang ahli akademik yang profesional malah ibu bapa pun mampu mengenal pasti ciri yang terdapat dalam diri anak mereka. Biasanya hasil permerhatian yang diperolehi adalah tepat atau lebih ketara dari kaedah pengenalpastian yang lain kerana ia dilakukan dalam suasana yang selesa bagi kanak-kanak tersebut tanpa banyak gangguan. Banyak ciri yang luar biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini pada usia yang masih muda lagi. Walau bagaimanapun tidak semua ciri ini perlu dimiliki oleh seseorang kanak-kanak untuk dikatakan pintar cerdas. Seseorang kanak-kanak itu tetap dikatakan pintar cerdas walau pun hanya mempamerkan sebahagian dari ciri yang disenaraikan.

Dalam halaman ini ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada tujuh domain adalah hasil dari ciri yand disarankan oleh pelbagai pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzulli, Clark (Gargiulo 2006) dan Sousa (2003). Haruslah diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas. Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:

A. kebolehan intelek yang umum
B. kebolehan intelek yang khusus
C. pemikiran kreatif
D. kepimpinan
E. kebolehan psikomotor
F. kesenian visual/persembahan
G. sosial emosi.


Untuk bacaan lanjut sila klik di sini. Petikan dari bab 2, buku PERMATApintar: Pengalaman UKM. Buku ini boleh diperoleh dengan menghantar secara pos cek dan alamat lengkap. Buku berharga RM45 termasuk harga pos